Terma & Syarat
Draf awal untuk MVP. Semakan undang-undang diperlukan sebelum transaksi production dibuka.
Penggunaan platform
Pengguna hendaklah memberikan maklumat yang tepat dan tidak memuat naik kandungan yang melanggar hak pihak lain.
Seller dan produk
Seller bertanggungjawab terhadap ketepatan spesifikasi, keselamatan, harga, pemilikan intelek dan tuntutan berkaitan produk. NeuroKhalifah boleh menolak atau menurunkan senarai yang tidak mematuhi garis panduan.
Peranan platform dan komisyen
NeuroKhalifah STEM Market ialah platform pemasaran yang menghubungkan seller dengan pembeli. Seller menyimpan dan menghantar produk sendiri. Platform mengenakan komisyen ke atas nilai jualan produk pada kadar yang ditetapkan pengurusan dan dimaklumkan kepada seller; komisyen ditolak daripada bayaran kepada seller. Kadar boleh diubah dengan notis kepada seller, dan pesanan sedia ada kekal pada kadar semasa pesanan dibuat.
Pembayaran kepada seller
Bayaran kepada seller dibuat selepas pembeli membayar dan pesanan ditandakan telah sampai, tolak komisyen. Pesanan yang dibatalkan tidak dikenakan komisyen.
Kanak-kanak dan pelajar
Untuk akaun, jualan atau pameran yang melibatkan kanak-kanak, persetujuan dan pengurusan orang dewasa / institusi hendaklah diperoleh mengikut keperluan yang berkenaan.
